Siapakah dia ni?? Perwatakan yang dia bawa membuat aku sangat menyukainya. Tapi sangat mustahil untuk aku jumpa lelaki macam ni dalam dunia sekarang. Mungkin dalam 1 juta pun belum tentu dapat menjumpainya di alam realiti. Dia tak adalah kacak sangat pun, cuma senyuman dia sangat manis walaupun bersahaja. Yang aku paling suka dia sangat romantik. Perempuan mana tak suka lelaki romantik, apalah aku ni. Adui.. tapi aku sangat suka dia kerana dia suka menolong dan yang paling aku suka bila dia sentiasa ada bila ‘temannya’ dalam kesusahan. Itulah fungsi ‘teman kepada temannya’ sanggup menyelami perasaan ‘temannya’ tak kirala dalam kesusahan atau dalam kegembiraan. Paling aku suka dia selalu mendail nombor ‘temannya’ tiap-tiap malam dan yang paling dasyat dia sanggup mendail sampai lima kali sehari terutama bila ‘temannya’ di dalam kesusahan dan ketakutan. Siapa tak nak lelaki macam tu?? Kalau aku sendiri bila dalam kesusahan, ada orang yang sentiasa mengambil berat tak kirala dengan cara macam mana pun, aku sendiri takkan berasa takut hidup di dunia ni sebab sentiasa ada sokongan dari si dia. Aku suka Firas kerana dia sentiasa menceritakan apa sahaja yang dia rasa tak selesa pada ‘temannya’. Sekurang-kurangnya, tak adalah rahsia yang disembunyikan dan benda yang tak elok boleh dibaiki. Tapi mungkin ini hanya fantasi aku, mustahil nak dapat teman sebaik Firas. Tetapi orang kata takde yang mustahil kat dunia ni, mungkin ya atau tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat. ????