ok..bila dah masuk tahun baru, macam biasala semua orang ada azam baru..aku sendiri pun tak tahu apa azam aku untuk tahun ni, tapi yang pasti, aku sangat mahukan diriku sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira selalu. bila hati tenang dan gembira selalu, apa sahaja yang ingin kita kerjakan, insyaAllah menjadi. aku harap sangat bila dah melangkah ke tahun baru ni, apa yang aku hajati akan tercapai..
ya ALLAH, sesungguhnya hambaMU ini hanya mampu merancang, moga-moga dipermudahkan segala-galanya.
masuk tahun ni, aku dah berada di sem 6,tahun 3..semoga dengan permulaan sem baru ni, mudah-mudahan semangat baru muncul dalam diriku ini, insyaAllah...